SITI JEWELS MALAYSIA
2026-08-17T08:45:04.373Z
Pada 16 Ogos, waktu petang, saya telah berkunjung ke Siti Jewels dan berkesempatan dilayan oleh seorang staf di kaunter, Cik Azizah.Saya ingin memberikan penghargaan atas layanan beliau yang sangat baik, mesra dan penuh kesabaran. Cik Azizah memberikan penerangan yang sangat jelas mengenai harga emas, proses trade-in serta penjualan bagi emas lama, tanpa berselindung dan dengan penerangan yang mudah difahami.Lebih-lebih lagi, sepanjang saya mencuba beberapa pilihan emas yang menarik minat saya, Cik Azizah tetap melayan dengan sabar, berhemah dan profesional.Terima kasih Cik Azizah atas layanan yang begitu baik. Keep it up! Saya sangat menghargai pengalaman berkunjung ke Siti Jewels kali ini dan sudah tentu saya akan berkunjung lagi pada masa akan datang, terutamanya untuk berjumpa dengan Cik Azizah lagi.Highly recommended for the excellent service and customer experience! 🌟